Pages

Thursday, 9 May 2013

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Assalammualaikum..sudah lama tidak menconteng di blog..dah berdebu dah..:)

Malaysia tanah airku semoga lebih aman dan damai serta lebih maju setanding negara luar setelah PRU13 ini.Berita yang amat mengejutkan aku apabila tok guru Nik Aziz meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.Aku sungguh sanjung ulama ini kerana sikap rendah diri yang ada dalam diri beliau.

Tuan Guru Nik Aziz: "Saya maafkan semua orang yang mencerca dan memfitnah saya dan keluarga, mereka mungkin tidak tahu atau tidak jelas dengan pendirian saya. Ini bersesuaian dengan surah Al Jaatsiyah ayat 14 bahawasanya Allah telah berfirman: Katakanlah kepada orang-orang yang beriman, hendaklah mereka memaafkan orang-orang yang tidak takut akan hari-hari Allah yakni hari pembalasan".

Ujarnya 
lagi: "Nak buat apa saya bawa dosa mereka? Nanti di akhirat, saya terpaksa menangguh hisab sehingga mereka itu semua di hisab. Saya tidak sanggup lagi menangguhnya di sana. Lagipun, saya kasihan belas kepada mereka dan ibu bapa mereka", itu saja, sambil beliau mengesat air matanya.

Ini artwork aku tribute untuk Tok Guru :)


| Nue-rule Syamimie
| Tribute to Tok Guru
| Adobe Photoshop CS5
| 8 MEI 2013

Wednesday, 29 August 2012

Petua Imam Syafie

Imam Syafie.Nama sebenar Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafie.Beliau mempunyai kecerdikan dan daya ingatan yang sangat luar biasa.

Petua Imam Syafie kepada kita.Semoga kita sama-sama peroleh kebaikkan.



Monday, 27 August 2012

Hati itu Milik Allah SWT

Kadang-kadang bila kita luahkan perasaan kita kepada seseorang hati kita belum tentu tenang..TETAPI..bila kita luahkan kepada Allah hati kita mesti merasa tenang..Bukan janji tapi pasti.. Sesungguhnya hati manusia dalam pegangan Allah. Oleh itu bergantung haraplah kepada-Nya agar setiap usaha yang dilakukan membuahkan kejayaan..Janganlah bersedih wahai sahabatku..:)


Tuesday, 24 July 2012

Zakat Fitrah 1433 H

Salam Ramadhan al-Mubarak..:)






Tuesday, 17 July 2012

Run android on Windows

Hey..mesti ada yang minat android tapi tak mampu kan? Sekarang korang tak perlu pening-2 dah nak beli smart phone semata-mata nak guna android..korang just perlu download dan install software Bluestacks App Player..Enjoy it..:)






Sunday, 15 July 2012

Aku bosan

Bila aku bosan.....aku try buat doodle character dalam cerita naruto..:D

Adobe Photoshop CS5

Iruka Sensei



Kakashi Hatake

Saturday, 7 July 2012

Allah always by your side

Assalammualaikum..:)

Don't be sad..Allah always by your side..Allah hear your prayer..Be STRONG..Allah is great..:) S M I L E


Monday, 2 July 2012

Doodle


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Doodle title: Proud to be Malaysian..:)

we are proud to be malaysian
we belongs to you
we will fight for you
we standing proud in our land
we always ready for you
we’ll never run
we’re happy living in here
we never scared we never fear
we’ll die for you
you’re number one
you’re home for everyone
you’ve got so many thing
we always want
you’re number one
you bring our life to shine
and you.. and you
never let us down
we are proud to be malaysian
we belongs to you
we will fight for you
Malaysia you are so great
there so much fun you serve
for me and my mate
Malaysia stand as one
where i was growing up free
where i was born







Thursday, 28 June 2012

Annie L J Salang

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..

Talent: Annie L J Salang..
Theme: Annie in construction Site

Photograph by Me..
Nikon D3100..





Tuesday, 12 June 2012

Muslimah Street Town

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..

Photoshoot with Azarina..
Theme : Muslimah

Nikon D3100 + kitlens 18-55mm..









Azarina

Assalamualaikum..

Photoshoot bersama Azarina..:)

Nikon D3100 + Kitlens 18-55mm

Lightroom 3.4 + Photoshop CS5




High Dynamic Range

Assalamualaikum..

   Mesti ada yang tertanya2..apa itu high dynamic range [ HDR ]? Mata lensa tidak dapat nampak cahaya yang ada secara dinamik.Jadi kaedah untuk penghasilan imej secara dinamik ini dikenali sebagai High Dynamic Range atau secara ringkasnya HDR.Teknik ini menggabungkan sekurang-kurangnya 3 imej yang berlainan exposure yang beza antara terang dan gelap.Biasanya imej yang diproses hendaklah dalam format RAW.Untuk memproses imej ini memerlukan software seperti Photomatix yang biasa digunakan.

Ini adalah contoh-contoh gambar yang dihasilkan melalui proses tersebut.Gambar ini adalah hasil daripada saya sendiri..:)








Monday, 11 June 2012

Zairea In Wonderland

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..ini salah satu sesi outing bersama geng-2 photographer tempatan..

Talent: Raja Nur Zairea Amalina.





Aku guna camera Nikon D3100 + Kitlens 18-55mm sahaja..:)

Friday, 19 August 2011

Tips mencuci jeans kesayangan

Pastinya korang memiliki sehelai atau beberapa helai pakaian dari fabrik denim atau jeans yang paling korang sayang.Untuk menjaganya cuba tips ini:

-Jangan sesekali menggunakan mesin pengering untuk mengeringkan jeans yang dibasuh.Gantung atau anginkan supaya ia tidak renyuk atau berkedut.
-Jangan guna bahan kimia untuk mencuci jeans.Ia akan menjadikan jeans korang mudah meluntur.
-Pastikan korang sentiasa mencuci jeans dengan air suam atau pada suhu air biasa.Elak mencuci jeans korang menggunakan suhu air yang terlalu panas atau sejuk.Ini akan menghalang kotoran dari tertanggal sehingga sukar untuk dibersihkan.
-Salah satu proses mencuci yang harus korang waspada adalah ketika menjemur.Jangan menjemur secara langsung jeans korang di bawah terik matahari.
-bagi mereka yang gemar ke pantai,jika jeans korang terkena air laut dan pasir-pasir halus melekat pada jeans,pastikan kamu tidak terus membasuhnya dengan air.Sebaliknya,ambilkan sebaldi air mendidih,kemudian wapkan bahagian yang terkena tadi 5-10 minit.
-Cuci jeans korang secara berasingan dengan pakaian lain.Jangan campurkan sekali.Pastikan korang cuci luar dan dalam.Ini merupakan cara untuk mengekalkan warna dan ciri-ciri jeans korang.

Kelebihan bila cinta monyet bersemi kembali

MUDAH MENYESUAIKAN DIRI
-Apa yang pasti,salah satu kebaikannya adalah korang dan pasangan korang tidak perlu banyak masa untuk menyesuaikan diri terhadap karakter masing-masing.

BELAJAR DARIPADA PENGALAMAN LALU
-Cuba ingat kembali apa punca yang menyebabkan hubungan korang putus tengah jalan.Daripada itu,korang tidak akan diulangi dan dihindari supaya hubungan korang kali ini mampu berjalan lancar.

BANYAK PERKARA YANG BOLEH DIKONGSI BERSAMA
-Korang belajar dan membesar dari sekolah yang sama.Oleh itu,banyak kenangan masa lalu yang korang kongsi bersama.Ingatan inilah secara tidak langsung akan membuatkan korang semakin rapat.

Thursday, 18 August 2011

Personaliti Berdasarkan Bulan Islam

Semak peribadi anda berdasarkan bulan-bulan Tahun Hijrah.Bulan-bulan tersebut juga mempunyai pengaruh terhadap perilaku empunya diri.INGAT! Maklumat ini hanya sebagai tambahan untuk pengetahuan saja.

MUHARAM
-Pendiam.
-Berfikiran positif
-Sekiranya diberikan didikan yang baik,anda cenderung menjadi orang menjadi orang yang bijak.
-Mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada didalam keadaan selamat.

SAFAR
-Dikatakan seorang yang enggan mengakui kesalahannya.
-Perlu tegas di didik untuk menghilangkan tabiat buruknya.
-Seandainya melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya,ia pasti berhasil.

RABIUL AWAL
-Perwatakan BAIK.
-Disukai ramai.
-Sikap negatifnya,kurang bersabar,keras hati dan mudah melampiaskan marah.

RABIUL AKHIR
-Sikap agak menjengkelkan.
-Hatinya tidak tetap.
-Bersikap agak kasar dan degil.

JAMADIL AWAL
-Berkeyakinan tinggi.
-Cukup berani dan tekad.
-Apapun,keberanian dan tekadnya dlm melakukan sesuatu itu ada kala mencipta kejayaan.

JAMADIL AKHIR
-Berani dan amat menghormati org lain.
-Memiliki pelbagai kelebihan.
-Pendirian tegas.

REJAB
-Seseorang yang nakal dan degil pada masa kecilnya.
-Bila dewasa,sikap mula berubah menjadi lebih baik dan gemar merendahkan diri.
-Kehidupannya lebih selamat dan sentosa.

SYA'ABAN
-Perwatakan baik.
-Di zaman kanak-kanak,dia suka beralah dengan kawan-kawan.
-Disayangi ramai kerana sikapnya yang baik dan berbudi bahasa.

RAMADAN
-Pendiam
-Suka merendah diri.
Tidak angkuh dan tidak gemar menonjolkan diri.
-Kehidupan dilaluinnya lebih selamat.

SYAWAL
-Hatinya cukup keras.
-Tidak suka mengalah dan dikalahkan.
-Hidup akan bermasalah dek sikap dan perangai keras hatinya itu.

ZULKAEDAH
-Agak pendiam.
-Banyak berfikir.
-Ada kalanya dia menjadi keliru.

ZULHIJRAH
-Boleh menjadi terlalu baik dan sebaliknya.
-Sukar mengawal perasaan.
-Sukar untuk menimbangkan baik buruk setiap perbuatan.

P/S:Apa-apapun,berusahalah untuk menjadi insan yang cemerlang,kini dan masa akan datang.