Pages

Thursday 9 May 2013

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Assalammualaikum..sudah lama tidak menconteng di blog..dah berdebu dah..:)

Malaysia tanah airku semoga lebih aman dan damai serta lebih maju setanding negara luar setelah PRU13 ini.Berita yang amat mengejutkan aku apabila tok guru Nik Aziz meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.Aku sungguh sanjung ulama ini kerana sikap rendah diri yang ada dalam diri beliau.

Tuan Guru Nik Aziz: "Saya maafkan semua orang yang mencerca dan memfitnah saya dan keluarga, mereka mungkin tidak tahu atau tidak jelas dengan pendirian saya. Ini bersesuaian dengan surah Al Jaatsiyah ayat 14 bahawasanya Allah telah berfirman: Katakanlah kepada orang-orang yang beriman, hendaklah mereka memaafkan orang-orang yang tidak takut akan hari-hari Allah yakni hari pembalasan".

Ujarnya 
lagi: "Nak buat apa saya bawa dosa mereka? Nanti di akhirat, saya terpaksa menangguh hisab sehingga mereka itu semua di hisab. Saya tidak sanggup lagi menangguhnya di sana. Lagipun, saya kasihan belas kepada mereka dan ibu bapa mereka", itu saja, sambil beliau mengesat air matanya.

Ini artwork aku tribute untuk Tok Guru :)


| Nue-rule Syamimie
| Tribute to Tok Guru
| Adobe Photoshop CS5
| 8 MEI 2013