Pages

Friday 19 August 2011

Tips mencuci jeans kesayangan

Pastinya korang memiliki sehelai atau beberapa helai pakaian dari fabrik denim atau jeans yang paling korang sayang.Untuk menjaganya cuba tips ini:

-Jangan sesekali menggunakan mesin pengering untuk mengeringkan jeans yang dibasuh.Gantung atau anginkan supaya ia tidak renyuk atau berkedut.
-Jangan guna bahan kimia untuk mencuci jeans.Ia akan menjadikan jeans korang mudah meluntur.
-Pastikan korang sentiasa mencuci jeans dengan air suam atau pada suhu air biasa.Elak mencuci jeans korang menggunakan suhu air yang terlalu panas atau sejuk.Ini akan menghalang kotoran dari tertanggal sehingga sukar untuk dibersihkan.
-Salah satu proses mencuci yang harus korang waspada adalah ketika menjemur.Jangan menjemur secara langsung jeans korang di bawah terik matahari.
-bagi mereka yang gemar ke pantai,jika jeans korang terkena air laut dan pasir-pasir halus melekat pada jeans,pastikan kamu tidak terus membasuhnya dengan air.Sebaliknya,ambilkan sebaldi air mendidih,kemudian wapkan bahagian yang terkena tadi 5-10 minit.
-Cuci jeans korang secara berasingan dengan pakaian lain.Jangan campurkan sekali.Pastikan korang cuci luar dan dalam.Ini merupakan cara untuk mengekalkan warna dan ciri-ciri jeans korang.

Kelebihan bila cinta monyet bersemi kembali

MUDAH MENYESUAIKAN DIRI
-Apa yang pasti,salah satu kebaikannya adalah korang dan pasangan korang tidak perlu banyak masa untuk menyesuaikan diri terhadap karakter masing-masing.

BELAJAR DARIPADA PENGALAMAN LALU
-Cuba ingat kembali apa punca yang menyebabkan hubungan korang putus tengah jalan.Daripada itu,korang tidak akan diulangi dan dihindari supaya hubungan korang kali ini mampu berjalan lancar.

BANYAK PERKARA YANG BOLEH DIKONGSI BERSAMA
-Korang belajar dan membesar dari sekolah yang sama.Oleh itu,banyak kenangan masa lalu yang korang kongsi bersama.Ingatan inilah secara tidak langsung akan membuatkan korang semakin rapat.

Thursday 18 August 2011

Personaliti Berdasarkan Bulan Islam

Semak peribadi anda berdasarkan bulan-bulan Tahun Hijrah.Bulan-bulan tersebut juga mempunyai pengaruh terhadap perilaku empunya diri.INGAT! Maklumat ini hanya sebagai tambahan untuk pengetahuan saja.

MUHARAM
-Pendiam.
-Berfikiran positif
-Sekiranya diberikan didikan yang baik,anda cenderung menjadi orang menjadi orang yang bijak.
-Mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada didalam keadaan selamat.

SAFAR
-Dikatakan seorang yang enggan mengakui kesalahannya.
-Perlu tegas di didik untuk menghilangkan tabiat buruknya.
-Seandainya melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya,ia pasti berhasil.

RABIUL AWAL
-Perwatakan BAIK.
-Disukai ramai.
-Sikap negatifnya,kurang bersabar,keras hati dan mudah melampiaskan marah.

RABIUL AKHIR
-Sikap agak menjengkelkan.
-Hatinya tidak tetap.
-Bersikap agak kasar dan degil.

JAMADIL AWAL
-Berkeyakinan tinggi.
-Cukup berani dan tekad.
-Apapun,keberanian dan tekadnya dlm melakukan sesuatu itu ada kala mencipta kejayaan.

JAMADIL AKHIR
-Berani dan amat menghormati org lain.
-Memiliki pelbagai kelebihan.
-Pendirian tegas.

REJAB
-Seseorang yang nakal dan degil pada masa kecilnya.
-Bila dewasa,sikap mula berubah menjadi lebih baik dan gemar merendahkan diri.
-Kehidupannya lebih selamat dan sentosa.

SYA'ABAN
-Perwatakan baik.
-Di zaman kanak-kanak,dia suka beralah dengan kawan-kawan.
-Disayangi ramai kerana sikapnya yang baik dan berbudi bahasa.

RAMADAN
-Pendiam
-Suka merendah diri.
Tidak angkuh dan tidak gemar menonjolkan diri.
-Kehidupan dilaluinnya lebih selamat.

SYAWAL
-Hatinya cukup keras.
-Tidak suka mengalah dan dikalahkan.
-Hidup akan bermasalah dek sikap dan perangai keras hatinya itu.

ZULKAEDAH
-Agak pendiam.
-Banyak berfikir.
-Ada kalanya dia menjadi keliru.

ZULHIJRAH
-Boleh menjadi terlalu baik dan sebaliknya.
-Sukar mengawal perasaan.
-Sukar untuk menimbangkan baik buruk setiap perbuatan.

P/S:Apa-apapun,berusahalah untuk menjadi insan yang cemerlang,kini dan masa akan datang.